Monday, May 26, 2014

~ art of manipulation..

assalamualaikum,

orang kata sementara ada benda nak di tulis, ye dak? hehe.
kalau aku ni sendiri android, pastu ada blogger apps, sync with my mind lagi, memang penuh da saya tak itam ni, banyak je benda yang terlintas untuk di jadikan bahan untuk di kongsi atau cetusan rasa bersama DJ lin di suria.fm, aitceh

so, sejak akhir-akhir ni, masing-masing pun sibuk dengan hidup, yang belajar sibuk dengan master nye, yang keje sibuk dengan keje, ada gak yang keje sibuk tak nak keje.so, apa yang diorang a.k.a kami nak ni sebenarnya?,. dan persoalan ni la yang banyak timbul, apa sebenarnya yang kita nak. so, apa yang kita nak ek kawan-kawan?.

cam aku, aku nak retire on any hard earn cash activities yang aku wat sekarang, live a rm5k/month till the last breath. Dengan itu, aku kena struggle sekarang dengan kerja. InsyaAllah dengan displin dan platform yang betul, goal aku akan tercapai. dapat rehat umur 35, dok umah, enjoy my life with family. aku plan nak menten je kerja sekarang cz keje dan cuti sama banyak, so leh wat part time lain. best tau, leh jumpa orang, berbual bisnes, selit gak perbualan k. cam tu lah lebih kurang plan nya.

tu lah, bab dunia kita memang hebat betul sifir nya, dapat duit invest situ, pair dengan benda ni, dapat pulak duit roll untuk yang tu, switch pulak untuk yang lagi satu, masuk pulak kat sini cz ni kalis ekonomi tapi pair jugak dengan yang ni. sibuk gak kita advice kawan-kawan simpan duit untuk masa tua, emergency, cerita kebaikan invest itu invest ini. tapi tu lah, bab dunia memang laju je kita, senang betul paham sifirnya. bab sifir akhirat, takde pulak nak share kelebihan amal, jom g kuliah ni ustaz nye bagus, jom infak duit nanti amal yang orang wat kita dapat pahala. sungguh aku memang jauh dari akhirat sedangkan perjalanan hidup hari-hari menuju ke kubur. cukup risau hari tua takde duit padahal tua tu jap je, tak lama da mati, tapi akhirat tu kekal. ada ke kita fikir kalau-kalau jiran kita, kawan-kawan kita dapat beramal tak. hari ni kita suka melepak dengan family and fren, tapi satu masa nanti, kalau diorang tak amal agama, diorang akan kena bakar dalam neraka. aku selalu bayangkan kalau-kalau mak bapak aku kena bakar hidup-hidup depan mata aku, memang gila sadis dan seksa kita tengok. tapi kalau tak amal agama, benda yang lagi teruk akan berlaku.

berbalik kepada soalan di atas, apa yang kita nak?. aku seriesly keep question myself, bila aku fikir2, duit, kete, gajet, rumah semua tu aku xberapa nak pun, dan aku fikir lagi apa yang aku nak, dan up till now, aku tak tau lagi pun pe yang aku nak. sampai satu ketika ni, aku berbual dengan sorang brader ni, dalam hidup ni, kita kena tahu maksud hidup, apa tujuan kita dihidupkan. bila da camni, aku da mula fikir, apa yang aku nak, kurang penting berbanding untuk aku sempurnakan apa maksud hidup ni. so guys, new soalan that we need an answer.

apa maksud hidup?

wasalam.

1 comment:

dyna syamsuri said...

maksudnya jgn nak suh aku buat sarapan