Tuesday, December 2, 2014

~ambang 2015..

assalamualaikum..

aku pun tak paham, tiba-tiba je jari aku nak berjoget, kat dalam kete pulak tu,on ma way gi main bowling, dah kenapa jari aku ni, tolong batmen,ali dalam kesusahan batmennn.

Faktanya,beberapa hari lagi akan habis 2014. Tahun mencabar bagi aku. Kalau di analogi kan menjadi graf, correlation coefficient nye silap-silap 0.1234 je, bersepah naharom point nye. Banyak betul benda jadi, dalam skop kerjaya,hubungan,ilmu,agama, eh macam-macam lah.

Seingat aku,aku ada melepak dengan geng kurik,berbual azam 2014. Some of it agak tercapai,ada matlamat, terarah lah sikit hidup ni.

So, what your aim on 2015 fauzan?. Maksud hidup da jumpa ke?,krik krik.

Wasalam

Friday, July 18, 2014

~ ujian..

Assalamualaikum

Sungguh terasa best kerja kalau orang merujuk kepada kita, cam expert je kan, tidak dinafikan memang pening juga melayan kerenah yang entah apa-apa. Kalau di fikir dalam-dalam,memang malas layan sebab itu semua bukan kerja kita,buat apa sibuk kerja bos. Tapi sifir nya bukan camtu,setiap beban dan tanggungjawab tak pernah percuma, buat kerja banyak,dapat balas nye banyak,balas nye tak semesti gaji,boleh gak dalam bentuk dapat banyak ilmu kerja, geng kerja selalu bagi makan, hati xterasa stress buat kerja,dapat pahala dan berkat. Yang last tu paling penting kot.

Kita sebagai hamba memang lemah, tak kuat langsung,jangan kata nak ubah orang,nak ubah diri pun payah,nak bangunkan diri untuk subuh pun payah, walau hal untuk buat pilihan pun kita tak tahu. kalau nak tahu kita ni lemah ke tak, sesekali minta Allah uji. Nak dapat feel nye,kita kena sedar yang kita sedang di uji. Bila da lepas ujian tu, memang terasa manis nye lah ujian. Hebat Allah sebab bagi ujian,untuk tambah nikmat,kekuatan,kasih sayang dan rasa kebergantungan dengan Allah.

Dengan itu, jangan berhenti berharap dan sangka baik dengan Allah pakej kan dengan yakin lah. Sentiasa juga tanya apa maksud hidup dan adakah apa yang kita lakukan Allah suka atau murka.

Selamat beramal dalam pencarian maksud hidup.

Wasalam

Wednesday, July 2, 2014

~ Puasa rant..

"Ibu ni sudah-sudah lah masak tu,makan dulu sini,dah masuk waktu buka,kurang pahala nanti", getus ali kepada ibunya
Assalamualaikum,

Sup karipap on ur very second day of ramadhan,hope yall doin well in term of ur perut and nafsu. So makan pe dan pukul berapa sahur pagi tadi,hehe.

Nothing much,jz wanna share what i've heard on air today. About ramadhan lah,ustaz tu cerita tentang betapa power kita ni puasa,maklum r,da belas-belas tahun puasa,lum cerita atok-atok kita lagi,puluh-puluh tahun,memang da power gila tahap pejam mata pun leh puasa. Tapi persoalannya,power betul ke kita?,power mengikut dasar apa?
Orang melayu kita ni memang bagus bab puasa,memang jitu dan tak boleh toleransi,kena lambatkan sahur,makan sampai minit terakhir(aku lebih2 je ni,aku pun ready botol air je tepi bantal),buka pulak kena tepat dan jitu,bilal start ketuk microphone je da stat pegang kurma,imam baru Aaa xsempat Allah lagi da makan,eh ke status fb dulu?keke
Hebat kan penangan puasa,patuh dengan waktu,tiba masa je buat terus,takde lengah2 tunggu dekat azan isyak baru buka,kurang pahala katanye....tapi,camne dengan solat?,kalo diri kita tak makan sehari,pastu buka lambat sikit da gelupur lapar.tapi roh kita yang lapar solat ni relax je kita,da masuk waktu solat leh plak tahan dulu untuk slot akasia,i hate tv3,ceh emo pulak.
So guys yang beriman sekalian,marilah solat awal waktu cam kita buka awal waktu.
Cop,ni dalam silibus maksud hidup tak?
Wasalam

Monday, May 26, 2014

~ art of manipulation..

assalamualaikum,

orang kata sementara ada benda nak di tulis, ye dak? hehe.
kalau aku ni sendiri android, pastu ada blogger apps, sync with my mind lagi, memang penuh da saya tak itam ni, banyak je benda yang terlintas untuk di jadikan bahan untuk di kongsi atau cetusan rasa bersama DJ lin di suria.fm, aitceh

so, sejak akhir-akhir ni, masing-masing pun sibuk dengan hidup, yang belajar sibuk dengan master nye, yang keje sibuk dengan keje, ada gak yang keje sibuk tak nak keje.so, apa yang diorang a.k.a kami nak ni sebenarnya?,. dan persoalan ni la yang banyak timbul, apa sebenarnya yang kita nak. so, apa yang kita nak ek kawan-kawan?.

cam aku, aku nak retire on any hard earn cash activities yang aku wat sekarang, live a rm5k/month till the last breath. Dengan itu, aku kena struggle sekarang dengan kerja. InsyaAllah dengan displin dan platform yang betul, goal aku akan tercapai. dapat rehat umur 35, dok umah, enjoy my life with family. aku plan nak menten je kerja sekarang cz keje dan cuti sama banyak, so leh wat part time lain. best tau, leh jumpa orang, berbual bisnes, selit gak perbualan k. cam tu lah lebih kurang plan nya.

tu lah, bab dunia kita memang hebat betul sifir nya, dapat duit invest situ, pair dengan benda ni, dapat pulak duit roll untuk yang tu, switch pulak untuk yang lagi satu, masuk pulak kat sini cz ni kalis ekonomi tapi pair jugak dengan yang ni. sibuk gak kita advice kawan-kawan simpan duit untuk masa tua, emergency, cerita kebaikan invest itu invest ini. tapi tu lah, bab dunia memang laju je kita, senang betul paham sifirnya. bab sifir akhirat, takde pulak nak share kelebihan amal, jom g kuliah ni ustaz nye bagus, jom infak duit nanti amal yang orang wat kita dapat pahala. sungguh aku memang jauh dari akhirat sedangkan perjalanan hidup hari-hari menuju ke kubur. cukup risau hari tua takde duit padahal tua tu jap je, tak lama da mati, tapi akhirat tu kekal. ada ke kita fikir kalau-kalau jiran kita, kawan-kawan kita dapat beramal tak. hari ni kita suka melepak dengan family and fren, tapi satu masa nanti, kalau diorang tak amal agama, diorang akan kena bakar dalam neraka. aku selalu bayangkan kalau-kalau mak bapak aku kena bakar hidup-hidup depan mata aku, memang gila sadis dan seksa kita tengok. tapi kalau tak amal agama, benda yang lagi teruk akan berlaku.

berbalik kepada soalan di atas, apa yang kita nak?. aku seriesly keep question myself, bila aku fikir2, duit, kete, gajet, rumah semua tu aku xberapa nak pun, dan aku fikir lagi apa yang aku nak, dan up till now, aku tak tau lagi pun pe yang aku nak. sampai satu ketika ni, aku berbual dengan sorang brader ni, dalam hidup ni, kita kena tahu maksud hidup, apa tujuan kita dihidupkan. bila da camni, aku da mula fikir, apa yang aku nak, kurang penting berbanding untuk aku sempurnakan apa maksud hidup ni. so guys, new soalan that we need an answer.

apa maksud hidup?

wasalam.